Khamis, Jun 30, 2016

AYAT TANYA/SOAL


Apakah yang tidak kena dengan rajah-rajah ini? Mengapa


lokasi asal: https://www.facebook.com/odyusoff/posts/10209500362767329





MENCARI DI KAMUS TALIAN

Untuk mencari makna perkataan dan kamus talian yang ada perkataan ini,
google/bing/yahoo

'define ______'.

Contoh: 'define sado'


LOKASI ASAL: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10209418657244742&set=a.3893846225992.2172692.1274137969&type=3&theater


PERIBAHASA SECARA SINTAKSIS^_*<>PROVERB SYNTACTICALLY^_

PERIBAHASA SECARA SINTAKSIS^_*<>PROVERB SYNTACTICALLY^_*

BIDUK LALU, KIAMBANG BERTAUT. 

RP ini boleh disesuaikan mengikut teori yang digunakan dan interpretasi yang diberikan. <> The tree can be adapted according to the theory used and interpretation given.

lokasi asal: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10209381707681026&set=a.1705644842325.2098398.1274137969&type=3&theater



Mencari pelakar/penjana rajah pohon di internet

Untuk mencari penjana rajah pohon sintaksis dan morfologi,

google/bing/yahoo

"free online syntax tree diagram".

Dan pastikan cari juga di laman lain

"how to do labelled bracketing"

DAN/ATAU

"immediate constituents".

lokasi asal: https://www.facebook.com/odyusoff/posts/10209419070055062






IRONCREEK & MSHANG


Ada dua penjana rajah pohon sintaksis di internet yang sering saya gunakan: ironcreek dan mshang.

Apabila saya memerlukan bentuk segitiga untuk mewakili frasa, ironcreek digunakan. Apabila anak panah pergerakan diperlukan, mshang digunakan.

Rajah pohon yang dibina bergantung kepada teori yang diaplikasikan dan bergantung kepada tahap pemahaman individu terhadap sesuatu teori.

Lihat rajah pohon untuk ayat yang dimuat naik. Tafsiran perajahan menggunakan penjelasan yang terdapat di salam Tatabahasa Dewan(Nik Safiah Karim et al., 1996).

Selain itu, ironcreek dan mshang juga boleh digunakan untuk memperlihatkan binaan perkataan dalam bidan morfologi. Seperti sintaksis, bentuk rajah ini juga bergantung kepada kerangka teoretis dan pemahaman individu.

Lihat rajah pohon morfologi yang menggunakan ironcreek.
Ironcreek membenarkan beberaoa rajah pohon dilukis serentak, dan, sehingga pos ini ditulis, mshang tidak.

Terima kasih kepada Dr Rodney C Jubilado yang menyedarkan saya tentang kelebihan mshang.

Rujukan:
Eisenbach, Mei & Andre Eisenbach. 2003-2016. phpSyntaxTree.http://ironcreek.net/phpsyntaxtree/. <18 Mei 2016>.
Nik Safiah Karim et al.. 1996. Tatabahasa Dewan (Edisi Baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan.
Shang, Miles. 2011. Syntax Tree Generator. http://mshang.ca/syntree/. <18 Mei 2016>.

lokasi asal: https://www.facebook.com/odyusoff/posts/10209440223503885






TITAS atau TIKAS, dan tidak mungkin TIKUS.

Fizah, pelajar saya, bertanya "Doktor, titas atau tikas?"

Tergamam juga sebentar untuk menjawab. Ini kerana otak saya sedang mengekalkan maklumat tentang perkataan 'titas'. Perkataan 'tikas' ketika ini berada jauh di pinggir leksikon dalam skemata saya sehingga saya perlu memproses banyak kali untuk mendapatkan kembali maklumat tentang 'tikas'.

Apabila mendapatnya kembali, saya berasa begitu lega. Saya ingatkan saya sudah hilang daya ingatan tentang satu daripada konsep penting dalam nahu generatif.

Fenomena pertukaran 'tikas' ke 'titas' ini bukanlah satu fenomena yang luar biasa. Jika dilihat, perkataan 'tikas' dan 'titas' mempunyai bilangan huruf yang sama. Yang berbeza ialah satu ada huruf 'k' dan satu ada huruf 't' di dalam sukukata kedua.

Selain itu, kedua-dua perkataan ini turut merupakan perkataan sahih di dalam entri leksikon saya. Maka, peluang untuk menukar kedua-dua perkatan satu sama lain itu ada.

Tetapi bagaimana pula jika pelajar menulis 'TIKUS' semasa menjawab soalan sintaksis di peperiksaan akhir?

hashtag:  Semak 'spoonerisme' di dalam bidang psikolinguistik.


lokasi asal: https://www.facebook.com/odyusoff/posts/10209470013608619



SATU PERKATAAN SAHAJA


Ayat dan frasa boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja. Contohnya, 'tidur' boleh merujuk kepada (1) frasa kerja tak transitif yang mempunyai satu kepala atau inti, iaitu 'tidur' dan (2) ayat perintah yang subjeknya tidak diperlihatkan atau diperdengarkan kepada umum. Lihat rajah pohon yang dimuat naik.

Subjek ayat perintah "Tidur!" boleh diwakili oleh satu unsur, iaitu PRO. Pengisian PRO di bahagian subjek ayat perintah ini menepati penjelasan yang diberikan oleh Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et al., 1996: 421). Ini kerana ayat perintah ini merupakan satu ayat tunggal yang menyerlahkan pola ayat dasar FN + FK (Nik Safiah Karim et al., 1996).

Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et al., 1996: 421) menyatakan bahawa ayat dasar dan ayat tunggal "mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat". Di dalam ayat perintah "Tidur!", dapat dilihat bahawa subjeknya ialah 'PRO' dan predikatnya ialah 'tidur'.

NOTA: Rajah pohon meminjam idea daripada skema X-berpalang.

RUJUKAN:

Newson, Mark et al.. 2006. Basic English Syntax with Exercises. http://mek.oszk.hu/05400/05476/05476.pdf. 25 Mei 2016.

Nik Safiah Karim et al.. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.

lokasi asal: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10209490688965490&set=a.1705644842325.2098398.1274137969&type=3&theater


PENYERLAHAN KOMPLEMENTIZER spt 'untuk' dan 'bahawa'

Dalam dunia penulisan, didapati bahawa,dalam sesetengah keadaan, komplementizer seperti 'untuk' dan 'bahawa' digantikan dengan tanda bacaan koma. Ini boleh dilihat dalam data (1). Selepas kata kerja 'menjelaskan', komplementizer diisi dengan koma, dan bukan dengan perkataan. Jika perkataan diisi, data (1) mungkin akan berbentuk seperti data (2).

1. Beliau menjelaskan, tindakan Mohamed Azmin yang gagal menyatupadukan pembangkang untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar membuktikan beliau seorang pemimpin yang gagal dan tidak mempunyai kekuatan.

(data diambil daripada http://www.sinarharian.com.my/politik/azmin-digesa-undur-jika-gagal-wujudkan-kerjasama-1.524652)

2. Beliau menjelaskan BAHAWA tindakan Mohamed Azmin yang gagal menyatupadukan pembangkang untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar membuktikan beliau seorang pemimpin yang gagal dan tidak mempunyai kekuatan.


lokasi asal:  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10209491106975940&set=a.1705644842325.2098398.1274137969&type=3

PENDESKRIPSIAN DATA BAHASA



1. Hal ini kerana ....

ATAU

2. Ini kerana ....

Teori linguistik digunakan untuk mendeskripskan apa yang berlaku dalam data bahasa. Teori bukan digunakan untuk memaksa agar data bahasa mengikut acuan yang ditetapkan oleh sesuatu teori.

Jika sesuatu teori itu tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku dalam data bahasa, maka teori itu yang perlu diubah suai, bukan data bahasa yang diubah.

Setiap bahasa itu ada keunikannya, walaupun ada sifat-sifat sejagat yang dikongsi bersama oleh semua bahasa dunia.

Allah swt mencipta Adam dan Hawa sebagaimanusia pertama bagi menghasilkan sifat sejagat bahasa. Dan Allah swt mencipta anak cucu Adam dan Hawa bagi menghasilkan sifat unik bahasa.

Oleh itu, sekali lagi ditegaskan bahawa teori yang perlu diubah suai bagi menanggani kedua-dua sifat unik dan sejagat bahasa bagi menghargai dan mensyukuri nikmat ciptaan Allah swt, bukan data bahasa.

lokasi asal: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10209499628588975&set=a.3893846225992.2172692.1274137969&type=3



PENDESKRIPSIAN DATA BAHASA



1. Hal ini kerana ....

ATAU

2. Ini kerana ....

Teori linguistik digunakan untuk mendeskripskan apa yang berlaku dalam data bahasa. Teori bukan digunakan untuk memaksa agar data bahasa mengikut acuan yang ditetapkan oleh sesuatu teori.

Jika sesuatu teori itu tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku dalam data bahasa, maka teori itu yang perlu diubah suai, bukan data bahasa yang diubah.

Setiap bahasa itu ada keunikannya, walaupun ada sifat-sifat sejagat yang dikongsi bersama oleh semua bahasa dunia.

Allah swt mencipta Adam dan Hawa sebagaimanusia pertama bagi menghasilkan sifat sejagat bahasa. Dan Allah swt mencipta anak cucu Adam dan Hawa bagi menghasilkan sifat unik bahasa.

Oleh itu, sekali lagi ditegaskan bahawa teori yang perlu diubah suai bagi menanggani kedua-dua sifat unik dan sejagat bahasa bagi menghargai dan mensyukuri nikmat ciptaan Allah swt, bukan data bahasa.

lokasi asal: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10209499628588975&set=a.3893846225992.2172692.1274137969&type=3



TERSEBUT

Perkataan yang mempunyai bentuk yang sama boleh dimasukkan dalam dua golongan kata yang berbeza.

Perkataan 'tersebut' boleh menjadi kata determiner (lihat (1)) dan kata kerja (lihat (2)) dalam konteks sintaksis yang berbeza.

1. Pensyarah tersebut melakar rajah pohon.
2. Pensyarah itu tersebut perkataan 'cukur' semasa hendak menyebut'syukur'.

'Tersebut' di dalam ayat (1) bukan merujuk kepada 'tak sengaja menyebut', seperti yang diperlihatkan di dalam ayat (2). Tetapi ia merujuk kepada 'kekhususan identiti suatu kata atau frasa nama' seperti yang terdapat di dalam frasa nama subjek ayat (2).

Oleh itu, 'tersebut' tidak salah untuk digunakan dalam konteks ayat (1).


lokasi asal: https://www.facebook.com/odyusoff/posts/10209656184862784

AFIKS / IMBUHAN 'ter-' dan 'teR-'

TBD (1996: 231) menyatakan bahawa 'ter-' digunakan untuk mengungkap 'darjah penghabisan' apabila digabungkan dengan kata akar daripada golongan kata adjektif.

Lihat ayat (1) yang boleh diparafrasakan sebagai ayat (2).

Ia menunjukkan bahawa kehadiran 'ter-' di dalam perkataan 'terselekeh' menunjukkan 'darjah penghabisan' bagi aspek kepalingan.

Ia tidak mengungkapkan makna 'tak sengaja menyelekehkan diri seseorang'🤓.

Oleh itu, 'terselekeh' boleh digunakan di dalam
konteks ayat (1).

(1) Pensyarah wanita terselekeh boleh ditemui di PPIK.
(2) Pensyarah wanita paling selekeh boleh ditemui di PPIK.

TBD (1996: 167-168) menyatakan afiks 'teR-' digunakan untuk mengungkap makna 'tak sengaja', 'keupayaan', dan ''tersedia' dalam suatu kata kerja.

Dan afiks 'teR-' untuk kata kerja ini hanya ada satu bentuk fizikal sahaja, iaitu 'ter-' (TBD, 1996: 164).

Lihat ayat (3). Ia menunjukkan bahawa subjek ayat menjumpai secara tidak sengaja butang edit.
Oleh itu, 'terjumpa' boleh digunakan di dalam ayat (2).

(3) Pensyarah ini terjumpa butang 'edit' di dalam FBnya sehingga menyebabkan beliau menggila-gila mewarnakan gambar yang beliau muat naikkan.


lokasi asal: https://www.facebook.com/odyusoff/posts/10209656504190767

'TERSEBUT' - HOMONIM ATAU POLISEMI

Jika 'tersebut' mempunyai entri yang berbeza di dalam kamus, maka ia homonim.

Selain itu, jika 'tersebut' mempunyai dua atau lebih sejarah kewujudan yang berbeza dengan makna yang berbeza, tetapi secara kebetulan menghasilkan bentuk yang sama, maka ia homonim.

Jika 'tersebut' mempunyai satu entri dengan banyak makna di dalam kamus, maka ia polisemi.

Oleh itu, sebelum memutuskan sama ada 'tersebut' homonim atau 'polisemi', sejarah kewujudan dan kedudukannya di dalam entri kamus perlu diteliti terlebih dahulu.

Rujuk Yule (2006: 106-107) di dalam gambar yang dimuatnaikkan.

--- terfikir sejenak akan soalan daripada Tn Izmir Ibrahim di dalam FB saya


lokasi asal: https://www.facebook.com/odyusoff/posts/10209664413588497



DENGAN: preposisi atau komplementizer

1. Odi pergi ke Kandar Kayu dengan kereta.
2. Odi pergi ke Kandar Kayu dengan menggunakan kereta.

Di dalam (1), 'dengan' ialah kata preposisi kerana ia diikuti oleh frasa nama 'kereta'.

Namun begitu, apabila ayat (1) dianalisis menggunakan ayat (2) dengan mengambil kira faktor pengguguran dan ketersiratan unsur dalam pembentukan sesuatu ayat, 'dengan' bukan lagi kata preposisi, tetapi kata komplementizer.

Ini kerana, dalam klausa selepas kata 'dengan', subjek tidak dizahirkan, dan subjek tersirat ini perlu ada untuk kata kerja transitif 'menggunakan'. Jika dizahirkan subjek ini boleh digantikan dengan kata nama khas 'Odi'.

3. Odi pergi ke Kandar Kayu dengan (subjek tersirat = Odi) menggunakan kereta.

Di dalam rajah pohon, subjek tersirat ini dilambangi dengan angka '0'.

Oleh itu, 'dengan' boleh digolongkan sebagai kata preposisi atau kata komplementizer, bergantung kepada tafsiran analisis dan huraian.

Makluman: RP bukan X-berpalang diadaptasi daripada Tatabahasa Dewan dengan 'Ayat Komplemen' digantikan oleh 'Klausa Komplemen'. Ini kerana saya berpegang kepada ciri 'ayat berdiri sendiri, tetapi klausa tidak semestinya boleh berdiri sendiri'.

visualizer rajah pohon: mshang

rujukan: Tatabahasa Dewan (NSK et al., 1993)





Ayat Tunggal atau Majmuk

AYAT:  Situasi ini melambangkan keadaan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.

Ayat ini mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja, iaitu:
1. subjek: situasi ini
2. predikat: melambangkan keadaan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.

Antara ujian yang boleh digunakan untuk menentukan subjek dan predikat ialah:
Siapakah/Apakah yang Predikat?

Maka, untuk ayat di atas, ujian penentuan subjek dan predikatnya ialah:
Apakah yang melambangkan keadaan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar?

Dapat dilihat bahawa 'apakah' boleh digantikan digantikan dengan 'situasi ini'; maka 'situasi ini' ialah subjek ayat'.

Dan 'melambangkan keadaan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar' yang hadir selepas kata 'yang' di dalam ayat tersebut ialah predikat ayat.

Predikat ayat ini ialah predikat tunggal/simpleks/mudah kerana, di dalam ayat ini,  tidak ada kata KONJUNGSI atau KOMPLEMENTIZER.

Maka, ayat ini ialah ayat tunggal.

sumber ayat: Tn Mohd Zaini Koris daripada grup FB Isu Tatabahasa Bahasa Melayu (ITBM)

penghargaan: Terima kasih kepada Tn Adnan Shimin, pentadbir ITBM, yang mengizinkan saya menggunakan bahan daripada grup ini.

lokasi asal: https://www.facebook.com/odyusoff/posts/10209782981792628?pnref=story