Rabu, Mac 01, 2017

APOSITIF





Apositif ialah suatu konstituen yang diletakkan bersebelahan dengan kata atau frasa nama yang diteranginya.

Apositif ini boleh diletakkan sebelum atau selepas kata atau frasa nama yang ia terangi.

1. Odi, seorang pengguna tegar FB, suka menggoogle.
kata/frasa nama: Odi

2. Seorang pengguna tegar FB, Odi suka menggoogle.kata/frasa nama: Odi
apositif: seorang pengguna tegar FB

Apositif boleh dipisahkan dengan koma, jika maklumatnya tidak penting dan hanya sekadar penerangan tambahan.

3. Odi, seorang penggemar Google, selalu menggunakan ungkapan 'how to _____' untuk mencari maklumat.
kata/frasa nama: Odi
apositif: seorang penggemar internet

Dalam konteks (3), koma diletakkan sebelum dan selepas apositif.

Apositif boleh juga tidak dipisahkan dengan koma daripada kata atau frasa nama yang diterangi, jika sesuatu maklumat itu penting.

4. Odi pengguna tegar FB berbeza daripada Odi pengajar sintaksis nahu generatif.
kata/frasa nama: Odi
apositif 1: pengguna tegar FB
apositif 2: pengajar sintaksis FB

Binaan yang ada apositif boleh menjadi binaan tunggal atau majmuk, bergantung kepada cara tafsiran penganalisisan.

Rujuk Berry dan Lynn (2013) untuk maklumat lanjut tentang apositif.

RUJUKAN:
Berry, Chris & Dana Lynn Driscoll. 2013. Appositives. Dalam The Writing Lab & The OWL at Purdue dan Purdue University, 1995-2016, Pordue Online Writing Lab, https://owl.english.purdue.edu/owl/resource/596/01/, dikemas kini pada 2013-04-18 03:29:26.

lokasi asal: https://www.facebook.com/odyusoff/posts/10210008496070344?match=b2RpIGFwb3NpdGlmLG9kaSB5dXNvZmYsYXBvc2l0aWYseXVzb2ZmLG9kaQ%3D%3D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan